"takkan MELAYU hilang di dunia"

3:38 AM / Comments (0) / by hayyul's precious

assalamualaikum
semangat kita sebagai melayu masih kuat.. tapi disebabkan perangai dan pengaruh anasir-anasir luar ini lah yang menyebabkan kita berbelah bagi..
kita adalah satu bangsa yang kuat dahulu.. tapi sekarang semuanya berubah.. datangnya 2009, marilah kita perjuangkan bangsa kita yang semakin lemah ini.. bak kata hang tuah "TAKKAN MELAYU HILANG DIDUNIA". itu memang benar.. kita tidak akan hilang tapi kita semakin rosak..
aku mengaku, aku ini pun bukanya sempurna.. tapi kadang-kadang sedih aku memandang kaum kita..

tatkala TUN DR MAHATHIR menyampaikan syarahanya tentang "MELAYU MUDAH LUPA".. aku sedih kerana apa yang dikatakan amatlah benar.
kita hidup dalam negara yang berbilang kaum.. mempunyai berbagai adat resam.. sayang hendaknya jika kita ketinggalan dari kaum yang lain..
perjuangan untuk bangsa kita amatlah sukar tapi jikalau kita bersama tiada halangan yang tidak boleh kita redahi..
aku sebagai bangsa MELAYU dan seorang rakyat MALAYSIA amat bangga dan bertuah dapat duduk disebuah negara yang aman damai ini..

aku sayang bangsaku
aku sayang negaraku
aku sayang agamaku


perjuangan masih diteruskan kawan-kawanku...
terima kasih kerana membaca nukilan hatiku yang penuh dengan cacat cela nya..
harap maaf jika ku menyinggung hati dan sanubari anda...

"TAKKAN MELAYU HILANG DIDUNIA"

0 comments: