ranjang TELANJANG!

11:48 AM / Comments (0) / by hayyul's precious


smekom..
dengan tangan yang ikhlas ini ku ingin melalut sebentaQ (bak kata org kedah la)..
hmm.. TAHUN baru nie bagi aku sama jer dengan tahun2 yang lain.. cuma tahun nie cam digit dia dah lain lah kan kan kan! dulu 08 dan sekarang 09 (^_^)...

tapi mcm2 yang berlaku pada 2008.. kita kehilangan ramai pengiat seni tanah air dari seawal bulan januari..

JANUARY
30hb- rosli khamis@LOLOQ meninggal dunia jam 1.37tengah hari.

selang 19hari selepas itu perginya seorang lagi pencipta lirik dan lagu pada era zaman pop yeh yeh..
salamah haron atau nama penanya HANIMASARA..

ramai lagi yang pergi menemui illahi selepas itu
1.NASIR RAMLEE (anak kepada tan sri p.ramlee)
2.SYED ALWI
3.YUSNI JAAFAR
4.YAZID SOBRANI
5.FENDI A TO Z
6.SUDIRO SUKIMAN

mereka semua pergi dan takkan kembali.. AL-FATIHAH...

tidak habis disitu..
kita digemparkan lagi dengan gegaran TANAH RUNTUH di bukit antarabangsa..
sedih rasanya...


ADA juga peristiwa yang menghiburkan bagi diriku sendiri..
seperti pergi ke rawang bersama rakan2... mandi,BBQ dan macam-macam lagi..
aku berharaplah 2009nieee akan menjadi tahun yang aman dan damai..
tak ingin lagi ku dengar kesedihan bila ku membaca surat khabar...


tapi kita bukan tuhan kan?
kita hanya mampu berdoa agar roh mereka yang telah pergi dicucuri rahmat..
amin..

===============================================================================================
HELLO 2009!!
hmm azam ku... agak sukar tuk ku capai.. but tanpa usaha takkan ada kejayaan!
MALAYSIA BOLEH!! HAYYUL BOLEH blaaa! ahahahah!
ingat kan nak tulis pasal human right kat sini! tapi terasa cam over lah plak kang!
jam dah menunjukkan pukul 4.25pagi.. hari sabtu!
sooooo what's my plan for today! come on man! sabtu kowt! kalau zaman sekolah nie dah lama aku plan mcm2!

wahhh teringat aku pada zaman sekolah rendah dan menengah...
di sekolah rendah aku tak boleh lupa ada this ONE moment.. time tue tengah perhimpunan.. adalah member aku sorang india dan sorang cina (masyarakat majmuklah katakan).. sementara tengah tunggu loceng berbunyi, kitorang mainlah permainan street fighter! aku jadi RYU! yang member aku india tue jadi DALSHIM dan yang cina tue jadi GUILE! wah giler aku ingat lagi!! ahahahha.. aku masih ingat juga nama guru kelas darjah 6 aku.. "LIS QURAISIN" namanya... dia ajar aku bahasa inggeris.. tue yang time UPSR aku dapat A! gempak la weh!!
al-maklumlah cikgu HOT kowt!

melangkah aku ke form 1! aku ingat lagi dizaman ini ada mcm2 GROUP..
contohnyee...

1.SKINHEAD
2.HIP HOP
3.GRUNGE
4.PUNK
5.NERD

dan banyak lagi...
semua mesti nak tau aku budak ape dulu kan!!!
dengan rasa bangganyeee aku dulu dak dak HIP HOP!
dulu kalau g area pertama complex semua tue.. duit kena simpan dalam kasut, kalau tak kau kena "PAU" dengan budak2 punk!
pastue zaman sekolah menegah kalau grunge setiap apa yang lu all pakai ada maksud tersirat dan tersurat! so cam kasut kau "jack parcell" apa maksud dia???.. kalau kau tak tak dapat jawab sure2 kena "BEDOK" reramai cam kena kekah!

tapi bila dah besar nie then aku fikir balik.. kelaka dan bodoh moments tue! tapi tue semua pengajaran untuk kita menjadi lagi matang kan!
tapi skang budak2 dressup semakin lah WALAWEH ganjil lah wei!!!!

kejadah pakai cam g tengok orang mati! WHATTAFUCK dengan baju hitam semua tetibe ada bunga ros merah kat poket! weh GET A LIFE! serious kesian aku tengok diorang weh!!! agak2 ar nak pakai cam tue! orang tua tengok pun cam ape lah lakhanat!!
aku bukanya marah laaa kan but hormatlah orang sekeliling...
ada tempat yang kena korang pakailah camne korang nak pakai! tapi kejadah korang pakai kot hitam kat tengah2 BB ditengah hari buta nie! giler kulit korang kebal dari peluh ke??!!


dengan rambut dah tak rupa rambut! cam MOP ada gak aku tengok..
hahahhaha!
ada gak aku tulis blog nie lagi panjang!

takpelah kalau rasa aku nak "MEMBAHAN" lagi then aku update lah blog nie!

salam semua! (^_^)

0 comments: